Thursday 22 December 2011

Registration

Assalamualaikum semua (:

hari ni dah hari pertama menjejakkan kaki di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam bagi meneruskan pengajianku dalam Semester 3, Diploma Pelancongan & Hospitaliti. hari pendaftaran berlalu dengan pantas. Alhamdulillah semuanya lancar tanpa sebarang masalah dengan pendaftaran untuk semester baru. walaupun semua dokumen disiapkan di saat-saat terakhir (:

cuma...
rasa asing bila berdaftar seorang diri. tanpa keluarga di sisi. sayu bila melihat yang lain seperti gembira dengan keluarga masing-masing.

aku?? 
lagi gembira sebab berdaftar dengan 'housemates' aku (Ema, Syud, Najwa, Nana). kelakar pun ada. tak sangka yang diri ini sudah berdikari. tidak seperti dulu semasa di zaman persekolahan. sekarang semua kena uruskan sendiri tanpa bimbingan keluarga.



SEMOGA AKAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN SEPANJANG SEMESTER 3 INI.
-AMIN-

No comments:

Post a Comment