Thursday 22 December 2011

Registration

Assalamualaikum semua (:

hari ni dah hari pertama menjejakkan kaki di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam bagi meneruskan pengajianku dalam Semester 3, Diploma Pelancongan & Hospitaliti. hari pendaftaran berlalu dengan pantas. Alhamdulillah semuanya lancar tanpa sebarang masalah dengan pendaftaran untuk semester baru. walaupun semua dokumen disiapkan di saat-saat terakhir (:

cuma...
rasa asing bila berdaftar seorang diri. tanpa keluarga di sisi. sayu bila melihat yang lain seperti gembira dengan keluarga masing-masing.

aku?? 
lagi gembira sebab berdaftar dengan 'housemates' aku (Ema, Syud, Najwa, Nana). kelakar pun ada. tak sangka yang diri ini sudah berdikari. tidak seperti dulu semasa di zaman persekolahan. sekarang semua kena uruskan sendiri tanpa bimbingan keluarga.



SEMOGA AKAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN SEPANJANG SEMESTER 3 INI.
-AMIN-

Wednesday 14 December 2011

Umum (:

Assalamualaikum W.B.T.

entri kali ini berbeza sedikit dengan yang sebelumnya. boleh dikatakan entri untuk umum. cuma sekadar ingin berkongsi dengan saudara-saudara Islam di luar sana dan juga untuk teman teman bukan Islam. dan juga untuk perkongsian seluruh warga Malaysia. bahan yang diperoleh adalah daripada teman IPTA saya iaitu www.facebook.com/cechnaul yang telah 'share link' di laman sosial, Facebooknya. saya begitu tertarik dengan 'link' dari beliau. 

Tengku Sophia, dikatakan menghina agama Islam dengan kata-kata kesat yang dikira agak kasar dan menyentuh sensitiviti umat Islam yang saya kira bukan sahaja di Malaysia, tetapi mungkin juga di seluruh pelusuk dunia. dia telah menggunakan laman sosial, Twitter sebagai wadah untuk aktiviti penghinaan itu. tetapi tidak dapat dipastikan sama ada sumber ini benar-benar sahih atau pun mungkin ada pihak tertentu yang hanya menggunakan nama tersebut sebagai alat permainan mereka.

di sini saya titipkan sedikit bahan yang diperoleh sekitar jam 1.36AM, 14 Disember 2011. anda punyai akal, fikirkan secara rasional terhadap sumber yang diperoleh dan bukan dari segi pandangan cetek manusia.




setiap orang punyai pandangan tersendiri. jadi diharapkan anda dapat menilai sumber-sumber yang diperoleh. sama ada ianya palsu atau sah, tidak dapat dipastikan. saya hanya ingin berkongsi. jika entri kali ini tidak sesuai dengan jiwa sesetengah pihak, saya memohon kemaafan dari anda.

SALAM





Monday 12 December 2011

Rupanya Begitu (:

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, 
Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab,

 “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.



Tapi…” guru bertanya kembali
Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, 

Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.



Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas. Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.


Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.




Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

Saturday 10 December 2011

Sekali Lagi, Dia..

Assalamualaikum W.B.T.

haih, kenapalah masa untuk malam ini berlalu begitu pantas? rasa tak puas bergurau-senda dengannya. rasa tak puas dengan usikkannya. rasa tak puas bercakap itu dan ini dengannya. TEKNOLOGI semata-mata memang tidak boleh menggantikan yang sebenarnya. selepas itu...

"syg..kul 8 baba turun dri rumah au.."
"b, awk betul betul ey? tak main main ey?"
"betul2 la..baba nk jmpe syg jgk..x kisah kjp un.."
"nak g mana? syg nak solat jap."
:: 9.05pm "baba dah sampai.."

dalam kereta, dia tersengih-sengih. haiseh, ada je nak buat orang gelak tiba-tiba.
"awak nak ke mana sebenarnya ni?"
"tah, syg nak g mana? cepatlaa."
"eyy,awak yg ajak kuar ey."
"sebenarnya nak tengok ombak rindu." (muka sedih)
"yelaa, g Aeon Bukit Tinggi jela. tak jauh pun. nanti jauh awak nak pusing balik hantar syg."

sesampai di cinemas, tak ada rezeki nak tengok. showtime pukul 10.00pm sold out. the next one pukul 12pm dan memang tak boleh sama sekali. jadi decided nak pergi makan sebab perut dah loya semacam. pilih tempat di Wak Dol Bistro, Seksyen 7, Shah Alam. lepas order, sempat ambil sedikit kenangan untuk malam ini. ada lah sedikit bahan untuk entri kali ni kan kan?

Ya Allah, i do love him. i do need him.
comel kan dia? please say no dear sebab saya lagi comel  dari dia.
okay, sebelah kiri dia punya. (nasi lemak+ayam goreng+sambal sotong+telur mata kerbau). amaze kan perut dia. saya memang dah used to it. the left side is mine. standard recipe for chicken chop lah ken. takkan la kome tak tahu. masa makan tu juga, dia bercerita sedikit sebanyak tentang bekas-bekas kekasih gelapnya yang dari sekolah sampailah yang terbaru. omaigodd!! okay, tahu tu. saya tahu saya bukan yang terbaik tapi saya akan cuba jadi yang terbaik untuk dirinya. okay done berjiwang.. 
let's proceed..

on the way keluar simpang bistro tu ada pula orang jual durian. apa lagi...
perut memang dah lama mengidam kan.
"baba, jum makan durian. pleaseee. dapat 2 biji pun Alhamdulillah."
"Ya Allah.."
"alaa, boleh laa."
"okay okay.." (sambil tersenyum)

okay, saya boleh kira berapa ulas dia makan sebab dia cakap dah kenyang sangat. jangan tanya, of course la muka ni yang kena habiskan. tergelak-gelak dia tengok saya terpaksa habiskan durian tu. saya gived up. full sangat perut ni. then, decided untuk balik sebab dah lewat sangat. dia belanja durian untuk adik-adik sekali <3.

dalam kereta, kami bercakap itu dan ini lagi. lepas tu..
esok baba g Bukit Tinggi dengan family tau. kak long ajak holiday kat sana. ahad baba balik.
emmmmm..” (nak menangis)
minggu depan kita jumpa lagi k syg.jaga diri baik-baik. kerje elok-elok. baba sayang awak sorang.
tiba-tiba sampai di perkarangan flat saya yang usang ni. sekejap betul. salam dia macam biasa. dan...
"i love you sayang."
"i love you too.."
"sampai rumah nanti baba terus call sayang k."
"hati-hati drive baba."

dan SEKALI LAGI, DIA buat saya mengalirkan air mata. 
terima kasih untuk  malam ini Rifaa Ul Hanan.
sayang sayangkan baba.



Friday 9 December 2011

Walaupun...

Ya Allah,
 saya berterima kasih dan bersyukur. WALAUPUN kami berlainan bapa, lahir dari rahim yang sama, tetapi hubungan kami tetap erat. pepagi dah hang out dengan si MONTEL ni haa. sampai rumah emak tadi, terus terjojol muka dia depan pintu. then habis satu teres tu dengar "ayong! mak ayong tang tu." (Nik Nur Zulaikha, 3 tahun, pelat & tembam). keluar berdua ke Aeon Bukit Tinggi. seronok budak kecik ni berjalan. habis semua dia langgar. lari sana, lari sini. adalah mulut-mulut berkata,

 "comelnya anak akak."
"akak ni dah kahwin pun slim lagi."
"akak, anak akak ni geram la saya."
-OMAIGOD-



balik dari Aeon, kami berdua fetched up Atikah & Amirah kat rumah sebab tak habis-habis ajak pergi ke Tutti Frutti. Sampailah kami di Tutti Frutti, Kota Kemuning
makan la sampai muntah ye adik-adik sayang (:

there she is, my little princess.
Tukang belanja sebelah kiri, Amirah.
Tukang aiskrim paling berat sebelah kanan, Atikah.


tadaaa..... MYR 45.90.

Ya Allah,
Kau peliharalah hubungan adik-beradik ini. janganlah kami bermusuhan, iri hati, hasad dengki sesama sendiri.
lindungilah kami dari syaitan yang direjam.
selamatkan kami di dunia dan akhirat.
jadikan kami anak-anak yang solehah & taat kepada orang tua kami.
Aminnn.







Saturday 3 December 2011

Skyping, Rifaa

makin lama makin rindu. entah kenapa susah hati kalau tak dapat tengok dia untuk sehari. walaupun terpaksa tengok dia sedap je melayan mimpi. Itu pun dah memadai buat saya.

PART 1 : mamai.

PART 2 : baru dapat naik kapal.

PART 3 : belayar dah.

PART 4 : wishing moment.

GOOD NIGHT, BABA <3




Friday 2 December 2011

Pasar Ria

sangat-sangat lama tak pergi berjimba di PASAR MALAM. mengidam! 
jadi saya decided untuk pergi dengan SIBLINGS (:
ramai orang, maklumlah kat SABAK BERNAM tak pernah pergi pun dan saya rasa sangat ALIENATED bila semua tengok saya. what’s on their mind pun saya tak tahu.

here got some photo while I am memilih barang but not actually buy that thing. 

sengaja tanya owner tudung tu, berapa harga, jenis kain tapi last last tak membeli pun.


haa, jumpa favourite food kalau kat pasar. YONG TAU FOO. betul kan spelling tu? bersungguh-sungguh pilih.
hamik muka kau. sampai RM13 lebih kena untuk sebungkus yang saya pilih.

LAST BUT NOT LEAST <3

sangat murah! can’t all of you imagine that. sepinggan tu untuk RM1 jee. Ya Allah, rasa nak beli semua kat situ. tapi awak ni memang “rajin” sangat memasak la ken ken?

sampai rumah.. ABAH bising membeli macam kat TESCO pulok -.-"


Thursday 1 December 2011

All the Surprises.

Assalamualaikum. 


saya baik daripada semalam. semuanya kerana si dia. siapa? STATUS saya lah. okay let me start from the beginning. pagi semalam telefon dia (9.55AM) untuk wish "morning" dan untuk remind dia yang kami berdua akan menonton wayang (TWILIGHT SAGA : Breaking Dawn) bersama di TGV Bukit Tinggi pukul 9.25PM. itu adalah suara yang pertama dan terakhir saya dengar untuk hari itu (semalam). mula dari itu, dia terus ignore saya. tengok FB saya kan. "no call, no text at all. terima kasih sayang. tidak mengapa saya seorang yang positif". sampai sign out dari kerja (6.00PM) pun tak dapat anything dari dia. he made me wondering either we gonna watch that movie or not actually. saya pula memang kredit tak meriah sangat. jadi i don't see any ways to reach him up. saya tertidur. (8.00PM) adik kejut suruh bangun sebab Rifaa dah nak sampai. saya mamai but terus mandi and bersiap. (9.30PM) baru sampai. okayyy, i don't mind to watch the movie half way anyway kan. sepanjang on our way to TGV Bukit Tinggi, saya diam dan terus masuk Cinema 9.




masa syok syok tengok tiba-tiba Rifaa tarik tangan kanan saya then usap usap. sayan ignore je maklum la dia buat macam there is nothing happened sepanjang hari tu. dan tiba-tiba lagi, dia sarungkan something di jari manis saya.......
*stonning, terkedu -.-"
dia terus bisik kat telinga
 "saya sayangkan awak & rindukan awak sepanjang hari ni. saya tahan rindu sebab nak SURPRISEkan awak malam ni. saya minta maaf sayang... i love you"

saya tak tahu nak cakap apa kebetulan soundtrack movie tu menyentuh hati. rasa nak menangis. saya fikir yang bukan-bukan sepanjang hari tapi dia cuba untuk buat SURPRISE yang saya lupa marah untuk sepanjang hari. hanya "terima kasih sayang" keluar dari mulut saya saat tu. saya pandang dia dan senyum, dia pandang dan kenyit mata pada saya. 

sampai depan rumah, saya minta maaf sebab marahkan di sepanjang hari. dia? tak pernah sesekali pun tinggikan suara pada saya. saya senyum dan salam tangannya. dia tersenyum, "baba sayangkan awak sayang. baba takkan tinggalkan awak. cincin tu mama beli untuk awak. saya tolong sampaikan pada awak. sampai bila-bila awak saya punya".
mata saya berair dan terus keluar dari kereta.


TERIMA KASIH UNTUK KISAH MALAM ITU RIFAA (30 NOVEMBER 2011)
TERIMA KASIH UNTUK CINCIN TWILIGHT 
TERIMA KASIH SEBAB SAYANGKAN SAYA
DAN TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA.
((:

Monday 28 November 2011

Saat Itu..

tika kita semua sibuk menunggu kehadiran Merdeka dan ingin menyambutnya sambil menyaksikan letupan warna-warni bunga api menghiasi langit malam.
tika kita semua masih dalam kondisi perayaan dan memikirkan baju yang seterusnya mahu digayakan.
tika kita asyik melayan kerenah ahli keluarga yang kadang kala mencuit hati  dan kadang kala menyebabkan amarah.
tika kita semua mahu melelapkan mata dan menunggu ketibaan Subuh hari.


dan SAAT ITU... dia pergi menghadap yang Ilahi. pergi yang tidak akan kembali. pergi yang aku tidak dapat menemuinya lagi. pergi yang aku tidak dapat mendengar celotehnya, tawanya, barannya..


Ya Allah Ya Tuhanku, betapa peritnya jika ku ulang saat ku menerima perkhabaran itu. betapa luluhnya hati ini Ya Allah. betapa terkilannya diri ini Ya Allah. hanya Engkau yang tahu gelodak jiwa ini SAAT ITU Ya Allah.


aku mencari butir-butir kenangan silam yang tercipta.
ku titipkan ia disini.

tersenyum kecil saat merenung foto ini. bulan Ramadhan yang terakhir  di antara kami.
tiada lagi "jom buka sama-sama Dot.."
tiada lagi "Dot, kau sombong sangat ngape?"
tiada lagi "Dot, wayang jom.."
semuanya TERHENTI di sini.


Allahyarham Ahmad Rusli..
Semoga Allah mencucuri rahmat dan nikmatnya ke atas rohmu..
Damailah disana...
Sesungguhnya kami semua akan mengikut jejakmu suatu hari nanti..
Hanya aturan masa menjadi pemisah..
Ahmad Rusli, sesungguhnya kamu adalah ABANG terbaik buatku..
Terima kasih di atas semuanya..


Al-Fatihah
-DALAM KENANGAN-

Malaysia (:

berjalan malam dengan SOUL & SIBLINGS di Uptown 24, Shah Alam. STATUS tak ikut sebab berbadminton. tak ingat pulak ada bebola MALAYSIA-BAHRAIN. adess..sepanjang kedai orang duk jerit, sokong lah katakan en en. piuu -.-"

SKUAD MALAYSIA!


mulut dengan satay, mata dengan bola (:


semua expect Malaysia akan merangkul kemenangan sekali lagi. takpe, orang kita pemurah. derma lah sikit menang tu kat Bahrain. gembira kemain kita sedekah menang kat depa. to Malaysia, sampai ke tahap ini adalah satu perkara yang membanggakan bagi kami yang tukang melalak ni ((:

KEEP IT UP GUYS!
WE XOXO YOU!









Saturday 26 November 2011

A Day Without Him ):

Assalamualaikum & selamat malam.

memang hari ini tanpanya. padan muka. dekat poli selalu jumpa ken? ken? 
merasa la kau kesunyian Abilah oii 3 minggu ni.
Rifaa.............

nak macam ni )):
rindu awak buat muka tapir )):


Friday 25 November 2011

Jun'11 : Nostalgia

Hari silih berganti. Tidak sedar telah sampai ke penghujungnya. Ku titipkan secebis nostalgia bersama mereka sepanjang JUN'11-NOV'11. 



Hari bersama dia, Rifaa Ul Hanan
Terima kasih kerana mengembalikan pelangi itu
<3 <3





-Aisyah Najwa-

-Siti Rohana-


mereka sentiasa disisi menemani saat suka duka dan mengisi kekosogan.
merindui kalian...





bersama mereka, Kitchen B.
1001 ragam, pengalaman, kenangan, tekanan, terukir bersama.
<3




adik-adik, Nadia & Atiqah.



TERIMA KASIH KERANA MENGISI KESUNYIAN, KESEPIAN, KESEDIHAN, KEPEDIHAN HIDUPKU 
DENGAN SENYUMAN KALIAN. 


L.O.L,
SN ABILAH