Monday 28 November 2011

Saat Itu..

tika kita semua sibuk menunggu kehadiran Merdeka dan ingin menyambutnya sambil menyaksikan letupan warna-warni bunga api menghiasi langit malam.
tika kita semua masih dalam kondisi perayaan dan memikirkan baju yang seterusnya mahu digayakan.
tika kita asyik melayan kerenah ahli keluarga yang kadang kala mencuit hati  dan kadang kala menyebabkan amarah.
tika kita semua mahu melelapkan mata dan menunggu ketibaan Subuh hari.


dan SAAT ITU... dia pergi menghadap yang Ilahi. pergi yang tidak akan kembali. pergi yang aku tidak dapat menemuinya lagi. pergi yang aku tidak dapat mendengar celotehnya, tawanya, barannya..


Ya Allah Ya Tuhanku, betapa peritnya jika ku ulang saat ku menerima perkhabaran itu. betapa luluhnya hati ini Ya Allah. betapa terkilannya diri ini Ya Allah. hanya Engkau yang tahu gelodak jiwa ini SAAT ITU Ya Allah.


aku mencari butir-butir kenangan silam yang tercipta.
ku titipkan ia disini.

tersenyum kecil saat merenung foto ini. bulan Ramadhan yang terakhir  di antara kami.
tiada lagi "jom buka sama-sama Dot.."
tiada lagi "Dot, kau sombong sangat ngape?"
tiada lagi "Dot, wayang jom.."
semuanya TERHENTI di sini.


Allahyarham Ahmad Rusli..
Semoga Allah mencucuri rahmat dan nikmatnya ke atas rohmu..
Damailah disana...
Sesungguhnya kami semua akan mengikut jejakmu suatu hari nanti..
Hanya aturan masa menjadi pemisah..
Ahmad Rusli, sesungguhnya kamu adalah ABANG terbaik buatku..
Terima kasih di atas semuanya..


Al-Fatihah
-DALAM KENANGAN-

Malaysia (:

berjalan malam dengan SOUL & SIBLINGS di Uptown 24, Shah Alam. STATUS tak ikut sebab berbadminton. tak ingat pulak ada bebola MALAYSIA-BAHRAIN. adess..sepanjang kedai orang duk jerit, sokong lah katakan en en. piuu -.-"

SKUAD MALAYSIA!


mulut dengan satay, mata dengan bola (:


semua expect Malaysia akan merangkul kemenangan sekali lagi. takpe, orang kita pemurah. derma lah sikit menang tu kat Bahrain. gembira kemain kita sedekah menang kat depa. to Malaysia, sampai ke tahap ini adalah satu perkara yang membanggakan bagi kami yang tukang melalak ni ((:

KEEP IT UP GUYS!
WE XOXO YOU!









Saturday 26 November 2011

A Day Without Him ):

Assalamualaikum & selamat malam.

memang hari ini tanpanya. padan muka. dekat poli selalu jumpa ken? ken? 
merasa la kau kesunyian Abilah oii 3 minggu ni.
Rifaa.............

nak macam ni )):
rindu awak buat muka tapir )):


Friday 25 November 2011

Jun'11 : Nostalgia

Hari silih berganti. Tidak sedar telah sampai ke penghujungnya. Ku titipkan secebis nostalgia bersama mereka sepanjang JUN'11-NOV'11. 



Hari bersama dia, Rifaa Ul Hanan
Terima kasih kerana mengembalikan pelangi itu
<3 <3





-Aisyah Najwa-

-Siti Rohana-


mereka sentiasa disisi menemani saat suka duka dan mengisi kekosogan.
merindui kalian...





bersama mereka, Kitchen B.
1001 ragam, pengalaman, kenangan, tekanan, terukir bersama.
<3




adik-adik, Nadia & Atiqah.



TERIMA KASIH KERANA MENGISI KESUNYIAN, KESEPIAN, KESEDIHAN, KEPEDIHAN HIDUPKU 
DENGAN SENYUMAN KALIAN. 


L.O.L,
SN ABILAH