Saturday 23 March 2013

Ku Ungkap Perasaan Waliku, Abahhh :'(


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu


Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya



:: Kini aku tahu mengapa sukar benar abah mahu menitipkan aku pada insan lain. 
Abah tidak pernah berkata, tapi kini fahamlah aku teringatkan wajahnya yang sayu.
Abah, Siti sayangkan abah. Terima kasih atas pengorbanan abah sebagai seorang ibu dan ayah buat kami bertiga. 
Tidaklah terkira jasamu Abah. Abah, restuimu sangat Siti perlukan dalam hidup sementara ini.
Ya Allah, besar nikmatMu mengurniakan seorang wali yang hebat buat kami bertiga. ::

PadaMu Ku Bersujud


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah


Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud



"Ya Allah, janganlah Kau pesongkan hati kami kepada kesesatan sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami,
kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Pemberi"

Ameennn :)


Friday 22 March 2013

Inilah kisahku..

Assalamualaikum w.b.t
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Aku seorang gadis berusia 21 tahun, yang 20 tahun dulunya, mengabdikan diri pada dunia yang sementara. Meletakkan zahir dan batin ku kerana dunia semata-mata. Mana Allah ketika itu? Entah... Aku tidak tahu. Cukupkah solatku? "Ala takpe, aku dah memang Islam. Mati nanti confirm dalam Islam. Takyah solat." 

Ya Allah, betapa jahilnya aku! Aku menidakkan Engkau sedangkan semua ini ciptaanMu, anugerah dariMu.
Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga Islam. Berkawan dengan saudara seIslam. Tetapi adakah aku benar-benar Islam ketika itu? Jauh benar Islam itu dengan aku. 

Alhamdulillah, pada tika ini. Hatiku, imanku, dan diriku, aku abdikan pada Allah, Rasulullah, dan pada agamaku, Islam. In shaa Allah. 
Alhamdulillah Allah beri kesempatan pada aku dengan membuka hatiku ini selebarnya buat hidayahNya. Juga diberi kesempatan untuk mengumpul bekalan buat diriku menghadapi akhirat kelak. 
Bagaimanakah dengan anda?

Sejujurnya aku tenang begini. Ramai bertanya, "macam mana boleh berubah Abilah?"
Dan aku sudah bersedia dengan soalan sebegitu. Aku hanya menjawab, "this is what we supposed to be. Alhamdulillah, Allah is with me."

Kisahnya bermula pada tahun ini, Februari 2013.
Aku mengadakan satu program dengan rakan sekelas. Pada malam 31.01.2013 diadakan satu ceramah di Dewan Serbaguna, Politeknik Sultan Idris Shah. Panel untuk forum tika itu adalah seorang selebriti, Diana Amir, seorang penceramah Ustaz Sapidin, dan Ustaz Khir Johari. Dan tema tika itu adalah tentang kematian. Aku perhatikan video sampingan sebelum ceramah bermula. Video tentang azab kubur. Masya Allah! Luruh jantungku tika itu. Takut kepada Allah menerjah tiba-tiba. Aktiviti diteruskan dengan ceramah. Diana Amir, kisahnya seperti aku. Setiap butir-butir cerita beliau serupa dengan kisahku. Dari seorang gadis yang bertudung, dan keliru dengan dunia. Lalu tudung ku buka. Jadilah Abilah yang dulunya seorang gadis dunia. 
Aku akui, sungguh terkesan pada hati kisah pada malam itu. 

Selepas itu, kami mula dengan cuti penggal. Selama seminggu. Pada hari ketiga cuti, hati terdetik dan teringin sangat melihat diriku ditutup. Burukkah wajahku jika aku menutup kesemua tubuhku? Lalu ku ambil selendang (pashmina) adikku, ku padankan dengan blouse labuh dan didalamnya inner. Skirt labuh dihiaskan padaku serta stokin. Hijabku dilabuhkan. Ku pandang di cermin, air mata menitis. Perasaan yang tak dapat digambarkan. Allahuakhbar! Aku terduduk, hati terdetik, "kenapa tak macam ni dari dulu Abilah??"

Aku pergi ke bilik adik, adik-adikku terpana. Terkaku. Terkejut mungkin. Aku nampak sayu di wajah mereka. Lalu adikku yang bongsu, "Alhamdulillah. Alhamdulillah kak. Cantik sangat akak sekarang." 
Air mata gugur sekali lagi. Kami bertiga berpelukkan. Alhamdulillah Ya Allah..
Aku tahu tika itu hatiku dicuit oleh Allah, untuk berada bersamaNya.

Sejak itu, aku tekad. Aku akan istiqamah walau apa jua dugaan yang datang. Dan inilah kisah bermulanya penghijrahan aku.

Wallahualam. Amin Ya Rabbal 'Alamin :)