Friday 22 March 2013

Inilah kisahku..

Assalamualaikum w.b.t
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Aku seorang gadis berusia 21 tahun, yang 20 tahun dulunya, mengabdikan diri pada dunia yang sementara. Meletakkan zahir dan batin ku kerana dunia semata-mata. Mana Allah ketika itu? Entah... Aku tidak tahu. Cukupkah solatku? "Ala takpe, aku dah memang Islam. Mati nanti confirm dalam Islam. Takyah solat." 

Ya Allah, betapa jahilnya aku! Aku menidakkan Engkau sedangkan semua ini ciptaanMu, anugerah dariMu.
Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga Islam. Berkawan dengan saudara seIslam. Tetapi adakah aku benar-benar Islam ketika itu? Jauh benar Islam itu dengan aku. 

Alhamdulillah, pada tika ini. Hatiku, imanku, dan diriku, aku abdikan pada Allah, Rasulullah, dan pada agamaku, Islam. In shaa Allah. 
Alhamdulillah Allah beri kesempatan pada aku dengan membuka hatiku ini selebarnya buat hidayahNya. Juga diberi kesempatan untuk mengumpul bekalan buat diriku menghadapi akhirat kelak. 
Bagaimanakah dengan anda?

Sejujurnya aku tenang begini. Ramai bertanya, "macam mana boleh berubah Abilah?"
Dan aku sudah bersedia dengan soalan sebegitu. Aku hanya menjawab, "this is what we supposed to be. Alhamdulillah, Allah is with me."

Kisahnya bermula pada tahun ini, Februari 2013.
Aku mengadakan satu program dengan rakan sekelas. Pada malam 31.01.2013 diadakan satu ceramah di Dewan Serbaguna, Politeknik Sultan Idris Shah. Panel untuk forum tika itu adalah seorang selebriti, Diana Amir, seorang penceramah Ustaz Sapidin, dan Ustaz Khir Johari. Dan tema tika itu adalah tentang kematian. Aku perhatikan video sampingan sebelum ceramah bermula. Video tentang azab kubur. Masya Allah! Luruh jantungku tika itu. Takut kepada Allah menerjah tiba-tiba. Aktiviti diteruskan dengan ceramah. Diana Amir, kisahnya seperti aku. Setiap butir-butir cerita beliau serupa dengan kisahku. Dari seorang gadis yang bertudung, dan keliru dengan dunia. Lalu tudung ku buka. Jadilah Abilah yang dulunya seorang gadis dunia. 
Aku akui, sungguh terkesan pada hati kisah pada malam itu. 

Selepas itu, kami mula dengan cuti penggal. Selama seminggu. Pada hari ketiga cuti, hati terdetik dan teringin sangat melihat diriku ditutup. Burukkah wajahku jika aku menutup kesemua tubuhku? Lalu ku ambil selendang (pashmina) adikku, ku padankan dengan blouse labuh dan didalamnya inner. Skirt labuh dihiaskan padaku serta stokin. Hijabku dilabuhkan. Ku pandang di cermin, air mata menitis. Perasaan yang tak dapat digambarkan. Allahuakhbar! Aku terduduk, hati terdetik, "kenapa tak macam ni dari dulu Abilah??"

Aku pergi ke bilik adik, adik-adikku terpana. Terkaku. Terkejut mungkin. Aku nampak sayu di wajah mereka. Lalu adikku yang bongsu, "Alhamdulillah. Alhamdulillah kak. Cantik sangat akak sekarang." 
Air mata gugur sekali lagi. Kami bertiga berpelukkan. Alhamdulillah Ya Allah..
Aku tahu tika itu hatiku dicuit oleh Allah, untuk berada bersamaNya.

Sejak itu, aku tekad. Aku akan istiqamah walau apa jua dugaan yang datang. Dan inilah kisah bermulanya penghijrahan aku.

Wallahualam. Amin Ya Rabbal 'Alamin :)


4 comments:

  1. Tersentuh dengan entry akak. Keep it up. :')

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..grab it.. moga tros istiqamah ye.. :)salam ukhuwah..follow blog sy ye..http://titikdetik2hidupku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..hidayah Allah milik semua..Allah kan sayang hambanya.. :) kuatkan diri..insyaAllah jgn pernah lupa Allah ada bersama kita..selalu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, nice..maaf sekadar memahami hati seorang anak yang senasib



    ReplyDelete