Tuesday 27 March 2012

Good Day @ Bad Day

Assalamualaikum dan selamat pagi (:


I do not know how should I described today as a good day or bad day. Sebab ianya merangkumi kedua-dua aspek tersebut.


  1. Kelas Arab hanya dijalankan dalam waktu yang singkat di dalam perpustakaan
  2. Kelas Halal dibatalkan
  3. Kereta di sabotaj

Yang pertama, kelas Arab dijalankan dalam perpustakaan. Jawab test semata-mata. How syok we are tau tak. Kedua, sewaktu saya berselera menjamah sarapan pagi, pensyarah bagi subject Halal datang dan beritahu satu lagi khabar berita gembira. Seronok.

Ketiga, selepas habis aktiviti menjawab test, saya terus ke kereta untuk pulang ke rumah memandangkan kelas petang pada jam 2 nanti.  Kaki terasa kaku melihat keadaan kereta yang kotor-sekotornya. Pelik! Kerana keadaan kereta tidak sepatutnya sekotor itu. Nana dan Ecah cuba menyedapkan hati. 
"Ala, tadi kan kau langgar lecak."
Hati rasa tak tenang, tapi cuba berlagak seperti biasa. Tiba-tiba bunyi lagu dari radio serak-serak. Mungkin keadaan coverage ketika itu tidak berapa elok. Sesampai di rumah, mata terpaku pada bumbung kereta seterusnya ka arah aerial kereta. 
Ya Allah, habis dipatahkan. Tidak ditinggalkan walau seinci pun. Ketika itu, mata hanya mampu merenung keadaa kereta.



Terima kasih kepada hamba Allah tersebut,  semoga dirimu dipermudahkan semasa saat ajal datang menjemput. Tak mahu menjadi dendam kerana itu sangat menyeksakan buat dirimu kelak.

InsyaAllah.



Ya Allah Ya Karim, permudahkanlah segala urusan ku di dunia dan akhirat. Berikan aku ketabahan dalam menghadapi orang-orang yang membenci diriku.



Amin..


2 comments:

  1. bersabar .. mungkin nanti si pelaku akan dapat blasan yg lebih terok :)

    ReplyDelete